Bertukar hadiah sesama Staff

Sabda RasuluLlah “Salinglah memberi hadiah.. nescaya kamu menyuburkan kasih sayang..”

Aktiviti kempen HORMAT diteruskan oleh team Komiti Syariah UDPS dengan penganjuran program saling bertukar-tukar hadiah. Aktiviti ini melibatkan semua warga UDPS daripada semua peringkat. Kita berbesar hati atas kerjasama semua termasuklah pihak Manager dan CEO UDPS yang turut terlibat dalam aktiviti ini.

Bertujuan mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara staff UDPS dengan cara pertukaran hadiah selaras dengan tuntutan agama yang menitikberatkan memberi hadiah sesama manusia. Di samping itu juga, program ini bertujuan untuk mewujudkan suasana yang harmoni di dalam organisasi tanpa ada perbezaan jurang antara staff.

Detail aktiviti ;

  • Majlis bermula sejurus selepas menunaikan solat asar berjemaah di Surau TA.
  • Seterusnya,  majlis dimulakan dengan bacaan doa dan tazkirah ringkas yang bertajuk “Hadiah”.
  • Taklimat mengenai program pertukaran hadiah.
  • Setiap staff dikehendaki memberi hadiah kepada nama yang tertulis di atas kad yang perlu dicabut undi terlebih dahulu.
  • Semua staff mencabut undi dan menulis ucapan di atas kad masing-masing.
  • Setiap staff diminta tampil ke hadapan untuk mengumumkan nama penerima hadiah seterusnya memberi hadiah tersebut sehingga semuas staff menerima hadiah masing-masing.
  • Sesi bergambar bersama staff dengan menunjukkan hadiah yang diterima.
  • Bacaan doa penutup dan bersurai.