Borneo International Energy Expo and Conference (BOEX) 2018

Jumaat 10/08/2018 – Pada 8-10 Ogos 2018, UDPS telah menghantar wakil untuk ikut serta dalam ‘Borneo International Energy Expo and Conference’ (BOEX) 2018 yang telah diadakan di Dewan Suarah, Bintulu Sarawak.

BOEX 2018 telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Asli & Pembangunan Serantau negeri Sarawak (MANRED).

BOEX 2018 merupakan pameran yang dianjurkan oleh Worldex Trade Media Group yang telah menganjurkan banyak pameran di Malaysia, Thailand Filipina dan Indonesia.

Objektif BOEX 2018 adalah untuk menyediakan industri dengan platform pameran dikalangan syarikat-syarikat tempatan dan juga antarabangsa bagi mempercepatkan pertumbuhan sektor Tenaga Boleh Diperbaharui di Sarawak dan seterusnya dapat memberi sumbangan kepada negara serta diaplikasikan dalam industri Tenaga, Minyak & Gas, Infrastruktur, Automasi Industri, dan Pameran Inovasi.

Antara aktiviti sepanjang acara BOEX 2018 ialah pameran dan jualan dari syarikat-syarikat yang terbabit, pembentangan kajian dan kertas kerja dari pelbagai sektor industri.

Kerjasama antara UDPS dan Syarikat Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) diharap dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memastikan kepentingan kedua belah pihak dapat dilaksanakan dengan baik.