UDPS Community News

logoPUU

Pencetus Ummah Program

Ahad, 24 Jun 2018 – Buat julung kalinya, UDPS telah menganjurkan program yang dinamakan Pencetus Ummah UDPS (PUU) bertempat di Dewan TA, Pejabat UDPS Bukit Kuang, Kemaman. Program ini adalah kemuncak kepada aktiviti yang telah disusun sepanjang Ramadhan tahun ini.
Seramai 7 peserta PUU yang telah beraksi memberikan persembahan dakwah mewakili kesemua department yang ada di UDPS. Semua PUU telah memberikan persembahan yang bertenaga malah mengejutkan hadirin dikalangan warga UDPS.

Read More

raya1439

Salam Aidilfitri 1429 H

Jumaat, 15 Jun 2018 – Semua ummat Islam di Malaysia merayakan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun 1439 Hijrah. Ucapan Salam Aidilfitri untuk semua Muslimin & Muslimat, semoga Allah menerima semua amalan kita sepanjang Ramadhan lepas. Syawal adalah waktu zahirkan kesyukuran kita, jangan lupa kepada yang memerlukan.
Kepada warga UDPS, selamat berhari raya bersama keluarga, kepada yang balik kampung yg jauh, pandulah dengan selamat. Hubungkan silaturrahim & banyakkan bersyukur. Kepada staff yang beraya di offshore, kuatkan jiwa dengan banyak bertakbir, semoga Allah mudahkan urusan. Amin.

Read More

Tadarus04

Tadarus Al-Quran 1439

Rabu 16/05/2018 – Bermulanya hari pertama Ramadhan 1439. Sebagaimana biasa, UDPS meneruskan budaya bertadarus Al Quran pada waktu rehat tenghari, 12.30 – 1.30. Semua warga UDPS diwajibkan terlibat dengan bertadarus di beberapa tempat yang telah ditetapkan di dalam pejabat. Setiap kumpulan tadarus dianggotai oleh 5 hingga 10 orang kakitangan mengikut jabatan masing-masing.
Alhamdulillah, budaya ini dapat diteruskan semenjak lama dan moga diteruskan pada tahun-tahun mendatang. Kemuncak aktiviti Ramadhan ialah majlis khatam yang akan diadakan secara kerjasama dengan masjid terpilih di Kemaman.

Read More

palestin03

Kuliah Ramadhan : Palestin Bumi Barakah

Ahad, 20/05/18-Sebagai pengisian mingguan Ahad, kuliah tengahri kali ini telah menerima kunjungan Imam Palestin untuk memberikan pengisian rohani kepada semua warga UDPS di Kemaman. Beliau telah mengingatkan tentang betapa kelebihan Ramadhan yang terlalu mahal untuk dirugikan oleh manusia. Beliau juga menekankan keperluan bagi ummat Islam untuk memahami isu Palestin yang sangat berkait dengan Aqidah ummat, bukan sekadar isu pertelagahan menuntut tanahair atau lainnya.

Read More

hadiah02

Sabda RasuluLlah “Salinglah memberi hadiah nescaya kamu menyuburkan kasih sayang”

Aktiviti kempen HORMAT diteruskan oleh team Komiti Syariah UDPS dengan penganjuran program saling bertukar-tukar hadiah. Aktiviti ini melibatkan semua warga UDPS daripada semua peringkat. Kita berbesar hati atas kerjasama semua termasuklah pihak Manager dan CEO UDPS yang turut terlibat dalam aktiviti ini.
Bertujuan mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara staff UDPS dengan cara pertukaran hadiah selaras dengan tuntutan agama yang menitikberatkan memberi hadiah sesama manusia. Di samping itu juga, program ini bertujuan untuk mewujudkan suasana yang harmoni di dalam organisasi tanpa ada perbezaan jurang antara staff.

Read More

polk03

PotLuck Inter-Department UDPS 2018

Program jamuan ringan “Potluck” adalah merupakan antara aktiviti yang disusun sepanjang menjayakan kempen RESPECT“Kerjaku Asbab Syurgaku..”

Program “Potluck” ini bertujuan mengeratkan lagi hubungan sesama staff UDPS dan menghilangkan stress dalam kesibukan bekerja. Di samping itu, objektif program ini juga bertujuan memperkenalkan staff-staff baru UDPS yang baru berkhidmat. Program ini berlangsung selama 4 minggu dan dibahagikan mengikut 4 kumpulan.

Read More