Pencetus Ummah UDPS

Ahad, 24 Jun 2018 – Buat julung kalinya, UDPS telah menganjurkan program yang dinamakan Pencetus Ummah UDPS (PUU) bertempat di Dewan TA, Pejabat UDPS Bukit Kuang, Kemaman. Program ini adalah kemuncak kepada aktiviti yang telah disusun sepanjang Ramadhan tahun ini.

Seramai 7 peserta PUU yang telah beraksi memberikan persembahan dakwah mewakili kesemua department yang ada di UDPS. Semua PUU telah memberikan persembahan yang bertenaga malah megejutkan hadirin dikalangan warga UDPS. Para PUU tampil dengan variasi persembahan yang pelbagai membuktikan kemampuan masing-masing dalam menyampaikan mesej dakwah Islam.

Disamping manjadi medan perkongsian ilmu sesama kakitangan UDPS, antara objektif utama program PUU ini adalah untuk membuktian bahawa semua orang sebenarnya mampu untuk berusaha menyampaikan mesej Islam kepada masyarakat.

Setiap PUU juga mandapat nasihat dan komentar membina daripada 3 orang juri yang telah dilantik iaitu Al Fadhil Ustaz Johari Othman, pegawai agama Biro Kaunseling IPD, Kemaman, Tuan Haji Komarolaili Abu, CEO UDPS Sdn Bhd dan juga Ustaz M Zulkifli Ibrahim sebagai pegawai syariah UDPS.

Maklumat program:

  • Pertandingan Pencetus Ummah UDPS ini dipengerusikan oleh Saudara Purnomo.
  • Ketibaan juri jemputan iaitu Ustaz Zulkifli, Ustaz Johari Othman , dan Haji Kamarolaili.
  • Setiap jabatan hendaklah menghantar seorang wakil untuk mewakili jabatan tersebut. Sebanyak 7 peserta mengambil bahagian.
  • Selepas itu, para peserta diminta untuk mencabut undi giliran persembahan.
  • Berikut merupakan senarai peserta pertandingan Pencetus Ummah UDPS beserta giliran:
  1. Saudari Mazlina-Wakil Jabatan Contract Admin
  2. Saudara Che Wan-Wakil Jabatan Maintenance & Engineering Services
  3. Saudari Liyana-Wakil Jabatan Lab & Taylor
  4. Saudari Norela- Wakil Jabatan Human Resource
  5. Saudara Sofian- Wakil Jabatan Trading
  6. Saudara Khairul- Wakil Jabatan Account
  7. Saudara Azraei- Wakil Jabatan Warehouse
  • Setiap peserta menyampaikan persembahan yang memukau penonton.
  • Selepas selesai persembahan, Encik Ahmad Shah memberikan ucapan bersempena dengan pertandingan tersebut sementara juri-juri berbincang untuk menentukan pemenang.
  • Setelah berbincang, juri telah menobatkan juara Pencetus Ummah UDPS ialah Saudari Norela daripada jabatan Human Resource. Tahniah diucapkan kepada pemenang.
  1. Juara : PUU Norela Kamsah
  2. Naib Johan : PUU Azraie
  3. Tempat ketiga : PUU Sofian
  • Seterusnya, majlis menjemput Ustaz Johari dan Tuab Haji Kamarolaili untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
  • Pertandingan berakhir dan disambung dengan sesi bergambar bersama para pemenang.

Click Here for More Event Pictures