PotLuck Inter-Department UDPS 2018

Program jamuan ringan “Potluck” adalah merupakan antara aktiviti yang disusun sepanjang menjayakan kempen RESPECT :: “Kerjaku Asbab Syurgaku..”

Program “Potluck” ini bertujuan mengeratkan lagi hubungan sesama staff UDPS dan menghilangkan stress dalam kesibukan bekerja. Di samping itu, objektif program ini juga bertujuan memperkenalkan staff-staff baru UDPS yang baru berkhidmat. Program ini berlangsung selama 4 minggu dan dibahagikan mengikut 4 kumpulan.

Pendetailan program ;

  • Pada minggu pertama iaitu pada 8/3/2018 ialah minggu bagi gabungan jabatan Human Resource dan Contract Administrator.
  • Pada minggu kedua iaitu pada 13/3/2018 ialah giliran gabungan jabatan Account dan MES.
  • Pada minggu keempat iaitu pada 22/3/2018 ialah minggu bagi gabungan 3 jabatan iaitu Lab, Trading dan Tailor.
  • Pada minggu terakhir iaitu pada 27/3/2018 ialah minggu bagi jabatan Warehouse.
  • Kesemua jabatan telah membawa makanan masing-masing dan lokasi pilihan untuk program ini adalah di TA dan manakala bagi jabatan Warehouse dibuat di Warehouse UDPS.
  • Kesemua jabatan sebulat suara menjalankan program pada pukul 9.00 pagi kecuali bagi jabatan Warehouse, mereka memilih waktu rehat untuk melangsungkan program itu.
  • Semasa program berjalan, wakil bagi setiap jabatan memberi ucapan dan berkongsi sedikit sebanyak informasi terkini berkaitan jabatan masing-masing.
  • Semasa program di jabatan Warehouse, selepas selesai menjamu selera, staff lelaki bersama-sama menunaikan solat zohor dan solat hajat secara berjemaah.
  • Majlis berakhir dan bersurai