Agihan Sumbangan Ramadhan 1439

Rabu, 30 Mei 2018 – UDPS meneruskan aktiviti CSR tetap tahunannya apabila menjelang Ramadhan. Menziarahi rumah mereka yang memerlukan dan menghulurkan bantuan berbentuk keperluan dapur harian. Sumbangan ini adalah sumbangan derma daripada UDPS dan juga daripada tabung yang digerakkan khas kalangan kakitangan UDPS bermula hari pertama Ramadhan.

Ramadhan tahun ini, pihak UDPS telah bekerjasama dengan pihak Sekolah Rendah Kebangsaan Chukai dalam mengenalpasti keluarga dan pihak yang akan dihadiahkan sumbangan. Wakil kakitangan UDPS bersama kakitangan SK Chukai kalangan guru-guru telah menziarahi sendiri rumah dan keluarga yang telah dikenalpasti memerlukan bantuan.

Meskipun ia tidaklah seberapa, adalah diharapkan sumbangan ini mampu menceriakan sedikit Ramadhan dan juga Syawal mereka. Moga Allah menerima segala amalan.

Click Here for More Event Pictures