Tadarus Al Quran Ramadhan 1439

Rabu 16/05/2018 – Bermulanya hari pertama Ramadhan 1439. Sebagaimana biasa, UDPS meneruskan budaya bertadarus Al Quran pada waktu rehat tenghari, 12.30 – 1.30. Semua warga UDPS diwajibkan terlibat dengan bertadarus di beberapa tempat yang telah ditetapkan di dalam pejabat. Setiap kumpulan tadarus dianggotai oleh 5 hingga 10 orang kakitangan mengikut jabatan masing-masing.

Alhamdulillah, budaya ini dapat diteruskan semenjak lama dan moga diteruskan pada tahun-tahun mendatang. Kemuncak aktiviti Ramadhan ialah majlis khatam yang akan diadakan secara kerjasama dengan masjid terpilih di Kemaman.

Maklumat aktiviti :

  • Program berlangsung setiap hari bermula pukul 12.30 tengah hari sehingga 1.30 petang.
  • Setiap staff akan dimasukkan kedalam salah satu daripada enam kumpulan mengikut kesesuaian ahli.
  • Setiap kumpulan ditugaskan untuk menghabiskan bacaan sebanyak 5 Juzuk.
  • Selepas selesai bertadarus, staff lelaki mengerjakan solat secara berjemaah.