UDPS menang AKI 2016

Dengan kelebihan menyediakan perkhidmatan dan penyelenggaraan loji dalam sektor minyak dan gas (O&G) secara patuh syariah telah membawa tuah kepada UDPS Sdn Bhd apabila dinobatkan sebagai pemenang anugerah Sektor Perkhidmatan (Kategori 2).

UDPS dinobatkan sebagai pemenang (kategori 2) Anugerah Sektor Pembuatan dalam Anugerah Kecemerlanga Industri (AKI) 2016 dengan perolehan jualan antara RM20 juta hingga RM50 juta.

Selain memastikan perjalanan perniagaan berlandaskan konsep Islam, UDPS turut memiliki kelebihan lain seperti model perniagaan, visi dan misi yang jelas untuk terus bersaing di dalam industri ini.

Adalah diharapkan anugerah AKI ini akan menjadi satu tanda aras baharu bagi syarikat untuk mempunyai visi dan misi yang lebih besar untuk mencapai syarikat berstatus global.

Lihat arkib.